Sunday 11 November 2012

PROGRAM 2 HARI BERSAMA SMKTBR1




kami menjalankan program di sekolah menengah kebangsaan taman bunga raya 1 di bukit beruntung. ini merupakan salah satu daripada tugasan saya pada semester ini. program ini berlangsung pada 22 dan 23 oktober 2012. walaupun banyak halangan yang ditempuhi tetapi akhirnya kami berjaya menjalankan program tersebut. jumlah pelajar yang terlibat ialah seramai 62 orang pelajar. seklah ini adalah sekolah yang bertaraf sederhana dan satu perkara yang tidak dapat saya lupakan ialah keramahan pelajar-pelajarnya. mereka semua memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung. pada awalnya mereka agak kurang memberikan respon tetapi setelah rapat dengan kami mereka mula seronok bersama kami. memang semua ini atas tugasan tetai kami memang ikhlas untuk membimbing pelajar ini menjadi pelajar yang berjaya kelak. kami menjalankan modul sebagai pemantapan jati diri untuk pelajar.










 
Pada hari kedua program jati diri, kami mengadakan modul penghayatan kendiri kepada pelajar-pelajar. Modul ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar, dan juga tanggungjawab mereka kepada ibu bapa mereka. Tambahan daripada itu, modul ini juga bagi memberi motivasi kepada pelajar supaya lebih rajin untuk belajar. Bertepatan pula dengan keadaan pelajar yang agak kurang bermotivasi tapi ini bukan satu halangan untuk pelajar ini berjaya. Modul ini lebih kepada perkongsian antara fasilitator dan juga pelajar. Kami memeberi masa kepada pelajar untuk muhasabah diri mereka sendiri dan memikirkan hala tuju diri mereka.
Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik kerana ada diantara mereka yang sudi berkongsi kisah hidup mereka dengan kami. Dengan ini sedikit sebanyak kami dapat member kukuatan kepada mereka kerana kami juga pernah melalui perkara sedemikian dan mungkin dalam situasi yang berbeza. Saya sendiri berkongsi kisah hidup saya untuk dijadikan sumber kekuatan dan perangsang untuk adik-adik ini terus belajar. Di akhir modul ini, kami memberikan kata-kata semangat supaya adik-adik ini terus berusaha untuk mengingkatkan diri dan seterusnya menjadi orang yang berjaya suatu hari kelak.

LAWATAN KE PUSAT PEMULIHAN DADAH INABAH

Semasa semester 4 saya dan kawan-kawan berpeluang untuk melawat ke pusat pemulihan dadah INABAH di Terengganu. sememangnya perjalanan yang jauh iaitu selama 9 jam untuk sampai ke sana tetapi saya amat berpuas hati. pusat pemulihan ini adalah pusat pemulihan milik swasta dan leibh menekankan kepada penghayatan Islam untuk mengubati penghuninya. pusat ini juga mempunyai pengisian seperti ruang detox, solat, zikir, kerja amal, dan banyak lagi.

LAWATAN KE PPUKM

semasa semester 3 kami berpeluang membuat lawatan ke pusat perubatan universiti kebangsaan malaysia (PPUKM). Kami melawat ke unit rawatan pesakit mental bagi memberi pendedahan tentang cara merawat pesakit ini. ini adalah lawatan bagi memenuhi subjek psikologi abnormal yang kami ambil untuk semester ini.



sememangnya banyak input berguna yang saya perolehi semasa mengadakan lawatan ke PPUKM ini kerana saya dapat melihat dengan jelas cara mereka merawat pesakit.pendedahan ini berguna bagi kami bagi membantu pelajar-pelajar kami kelak. di sekolah ada pelajar yang kemungkinan mempunyai simptom-simpton masalah mental yang harus ditangani dengan segera. jadi ilmu ini amat berguna untuk kami sebagai kaunselor kelak.

TUGAS KAUNSELOR

SENARAI TUGAS KAUNSELOR

kebanyakan orang menganggap kaunselor tidak mempunyai banyak kerja kerana tiada sukatan pembelajaran tetapi hakikatnya tugas sebagai kaunselor terlalu berat. kaunselor bukan hanya menguruskan pelajar tetapi turt menguruskan sekolah. di bawah ini ialah senarai tugas kaunselor di sekolah.
  • Menyedia rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
  • Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.

RAUDATUL SAKINAH

semasa semester 2 kami mengadakan lawatan ke rumah pemulihan akhlak raudatul sakinah. tempat ini terletak di sekitar selangor dan tempat ini menenpatkan remaja-remaja yang terlanjur dan yng mempunyai masalah sosial. sememangnya bila melihat wajah-wajah penghuni raudatul sakinah saya tidak menyangka yang mereka pernah terlibat dengan kes sedemikian kerana wajah mereka yang suci. mungkin kerana mereka telah kembali ke jalan Allah dan telah bertaubat.




kami hanya berada di sana selama setengah hari tetapi kenangan bersama penghuni-penghuni tak dapat dilupakan. kami diberi peluang untuk menemuramah penghuni tersebut untuk kami mengetahui kisah hidup mereka dengan lebih dekat. secara tidak langsung saya dapat menyelami masalah mereka. semua cerita mereka dapat kami jadikan pengalaman dan persediaan untuk menjadi bakal kaunselor kelak. sememangnya pengalaman ini tidak mungkin kami lupakan. saya teruja apabila mengetahui jadual mereka semasa berasa di raudatul sakinah. mereka bangun seawal 4 pagi untuk mengadakan qiamullai dan membaca al-qur'an sehinnga ke tengahari.... kebanyakan mereka telah berubah ke arah yang lebih baik. bagi penghuni yang mempunyai anak mereka boleh memilih untuk memberikan kepada keluarga atau menyerahkan keada keluarga angkat. saya sendiri terasa pilu apabila mendengar kisah mereka kerana ada yang dibuang keluarga dan masyarakat. semoaga mereka semua berubah menjadi insan yang lebih berguna.Amin....

Saturday 10 November 2012

PAMERAN KERJAYA

semasa semester pertama bergelar mahasiswi di upsi sebagai pelajar ISMP bimbingan dan kaunseling memberi saya banyak pengalaman indah. antaranya ialah saya terlibat dengan pameran kerjaya semasa minggu konvokesyen. Pameran ini memberikan saya sedikit keyakinan untuk berinteraksi dengan orang lain.walaupun hanya dua hari tetapi saya enjoy dengan program tersebut.memang program tersebut untuk memenuhi keperluan assignment tetapi kami lakukan demi menambahkan ilmu dalam diri




kami menganjurkan pameran iaitu dengan memberi pendedahan kepada pengunjung dengan maklumat kerjaya. kami juga memberi pengunjung untuk menjawab iventori personaliti bagi memberi maklumat tentang diri sendiri. saya dapat melatih diri untuk berkomunikasi dengan orang lain dan membuang sedikit perasaan malu. memang program ini agak mencabar bagi kami kerana masih di semester 1 tapi kami mamu harunginya dengan kerjasama daripada kawan-kawan.

sue...

Assalamualaikum....
salam buat sahabat-sahabat yang saya sayangi...
kadang-kadang saya terfikir....
hidup ini memang penuh dengan dugaan,
tanpa dugaan hidup kita takkan sempurna,
dugaan juga mengajar kita erti kekuatan untuk menjadi yang lebih baik....

kata-kata inilah yang sentiasa saya pegang untuk saya terus berjuang dalam hidup... saya pernah kenal erti tangisan pernah kenal erti gagal tapi semua yang berlaku saya anggap satu ujian dari Allah kerana hanya orang yang terpilih sahaja akan diuji. sebab tu lah sejak kecil saya selalu berangan untuk menjejakkan kaki ke universiti nak mengubah nasib keluarga. ku tekadkan azam untuk masuk jugak ke universiti walaupun aku gagal dalam peperiksaan. saat berjaya masuk ke universiti membuatkan aku rasa bersyukur sangat pada Allah kerana mengabulkan doaku ini. tarikh 4 julai 2010 tak mungkin aku lupakan kerana itulah saat aku bergelar mahasiswi di upsi.. seronoknyer hehehehhe.... asa macam tak percaya plak...
diri ini cuma insan biasa yang diberi nama ZAINI BINTI ABDUL HALIM.

satu kisah lucu yang ingin dikongsikan dengan kawan-kawan berkaitan nama berkenaan ialah kakak saya yang berumur 4 tahun pada waktu itu tak pandai membaca, menulis tapi pandai memberikan nama kepada saya.. dan ayah dan ibu ters bersetuju dengan nama tersebut.. saya selalu tanya kakak saya kenapa meletakkan nama ini kerana orang selau sangka saya lelaki.. kakak saya sendiri tidak tahu kenapa dia berminat dengan nama tersebut. tetapi disebalik nama ini terselit maksud yang sangat indah iaitu perhiasanku. saya merupakan anak bongsu dari 5 beradik dan mempunyai 2 kakak dan 2 abang. insan yang saya paling rapat ialah kakak saya.. perkara yang paling saya suka adalah melancong.. tu lah serba sedikit tentang diri saya yang hanya insan biasa..