Saturday, 10 November 2012

CARA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDENGAR


BAGAIMANA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDENGAR?
Kemahiran mendengar adalah salah satu kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap kaunselor. Kemahiran mendengar ialah satu kemahiran dimana kaunselor mendengar dengan penuh perhatian terhadap perkara yang diceritakan oleh klien.  Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien,  kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri (body language) klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama.
 Segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.
Cara meningkatkan kemahiran mendengar ialah:

1.      Memberi fokus kepada perkara yang diberitahu oleh klien kepada kaunselor.
Semasa sesi berlangsung, kaunselor harus memberikan sepenuh perhatian terhadap apa sahaja yang diberitahu oleh klien. Kaunselor juga sepatutnya mendengar semua perkara yang diberitahu oleh klien supaya klien akan rasa dihargai dan dihormati. Klien akan terus menceritakan masalahnya apabila kaunselor memberikan perhatian yang sepenuhnya dan ini juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar.
2.      Menggunakan kemahiran asas kaunseling seperti rumusan kecil, refleksi isi dan rumusan besar.
Kaunselor harus mahir menggunakan semua kemahiran sweperti rumusan kecil, refleksi isi, dan rumusan besar bagi meningkatkan kemahiran mendengar dan mengelakkan kaunselor lari daripada topik perbincangan. Contohnya, kaunselor menggunakan teknik refleksi isi iaitu dengan mengulang kembali apa yang dikatakan oleh klien. Ini akan meningkatkan kemahiram mendengan seorang kaunselor dan klien akan berasa kaunselor bersama- sama dengannya dalam mendengar luahannya.



3.      Eye contact.
Eye contact atau perhubungan mata amat penting dalam sesebuah perjalanan sesi. Kaunselor perlu fokus memandang wajah klien bagi meningkatkan kemahiran mendengar dan dapat mengelakkan kaunselor daripada berkhayal. Pertentangan mata juga akan menjadikan kaunselor lebih fokus terhadap perkara yang dibincangkan dan
klien pula akan rasa kaunseloir itu mendengar semua permasalahannya.
4.      Kurangkan menyampuk ketika klien bercakap.
Kaunselor seharusnya kurangkan menyampuk ketika klien becakap bagi meningkatkan kemahiran mendengar.  Dengan ini, kaunselor akan lebih fokus terhadap perkara yang klien ingin kongsikan.  Kaunselor harus mempraktikkan cara ini bagi melancarkan sesi dan tidak mengganggu komitmen klien untuk bercerita.
5.      Perlu mempunyai sifat empati yang tinggi.
Kaunselor perlu mempunyai sifat empati yang tinggi terhadap klien. Empati bermakna kaunselor simpati terhadap klien dan ingin membantu klien untuk berubah ke  arah kebaikan. Apabila empati ada dalam jiwa kaunselor ini menyebabkan kaunselor akan memberi komitmen yang tinggi terhadap perkara yang diceritakan oleh klien. Seterusnya sesi ini akan berjaya apabila klien berasa selesa dengan perhatian yang diberikan oleh kaunselor.


No comments:

Post a Comment