Etika dalam bidang
kaunseling adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan klien.Individu yang
terlibat dalam profesion kaunseling perlu memahami dan mematuhi etika yang di
tetapkan supaya menjaga imej bidang kaunseling.
Perkataan etika berasal
daripada perkataan Yunani iaitu ethos
yang bermaksud kebiasaan, hokum, adat resam dan budi pekerti. Mengikut kamus
dewan (2002), mendefinisikan etika sebagai suatu pegangan semasa menjalankan
tugas. Menakala menurut Nordin Mohamed Fadzil (2000) etika juga boleh membawa
tiga makna yang berlainan tetapi sehubungan iaitu:
1.
Pola
hidup am atau suatu cara hidup.
2. Set
peraturan tingkah laku atau kod moral.
3. Pertanyaan
mengenai cara hidup dan peraturan tingkah laku.
Menurut
persatuan kaunseling dan perkembangan Amerika Syarikat (1952), penghuraian
tentang kod etika kaunseling tersebut di bahagikan kepada tujuh bahagian iaitu:
1) Tingkah
laku yang di harapkan di kalangan profesion sering berlaku. Ahli boleh
mengambil tindakan melalui beberapa cara, berbincang dengan individu lain,
mencari maklumat tambahan, bertanya atau berunding dengan jawatankuasa setempat
dan sebagainya.
2) Kaunselor
tidak harus mencari kemajuan diri dengan cara perbandingan yang akan merugikan
orang lain.
3) Kaunselor
juga tidak boleh menuntut atau menunjukkan kelayakkan yang ada padanya kepada
orang lain. Tetapi bertanggungjawab untuk membetulkan segala interprestasi yang
salah yang di buat oleh orang lain.
Perhubungan
antara kaunselor dan klien.
Merujuk
kepada khidmat yang melibatkan perhubungan antara klien dengan individu atau
kumpulan dan bukan untuk mengaplikasikan amalan-amalan yang melibatkan hubungan
dengan pentadbiran. Klien mestilah diberi hak kebebasan bagi memilih sendiri.
Antara perhubungan antara kaunselor dan klien yang boleh di jelaskan ialah
seperti berikut:
1) Kewajipan
utama setiap ahli ialah menghormati klien dan meningkatkan kebajikan klien sama
ada ia di bantu secara individu ataupun secara kumpulan.
2) Maklumat
yang di perolehi daripada perhubungan kaunseling mestilah di simpan secara
rahsia. Kewajipan ini mestilah kekal bagi menjaga kedudukan kaunselor sebagai
seorang professional.
3) Jika
seseorang individu mengadakan hubungan rundingan tetapi dengan seorang
kaunselor professional yang lain, maka kaunselor janganlah memulakan hubungan
kaunseling itu tanpa terlebih dahulu menghubungi dan mendapatkan kebenaran
daripada ahli professional itu.
4) Klien
perlu di beritahu bahawa dia berada di dalam situasi kaunseling, sama ada
semasa ia menerima bantuan kaunseling ataupun sebelum perhubungan kaunseling di
mulakan.
TATALAKU
PEGAWAI KAUNSELING
Setiap
pegawai dalam bidang kaunseling perlu mengetahui dan memahami etika yang di
kenakan ke atas diri mereka yang sebagai individu yang professional. Antara
tatalaku yang di tetapkan sebagai seorang pegawai ialah:
1) Menjaga
dan mengekalkan tatalaku yang cemerlang demi memelihara piawaian dan identity sebagai
seorang kaunselor dan integrity profesion kaunseling
2) Sentiasa
berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam
bidang profesionnya.
3) Menjalankan
tugas dengan cekap, bertanggungjawab, objektif, jujur, ikhlas dan berdidikasi
selaras dengan tahap profesionalisme yang tinggi.
Hubungan
pegawai kaunseling dengan klien
Kaunselor
harus mempunyai hubungan yang positif dengan klien supaya dapat membantu proses
penerokaan yang seterusnya. Antaranya ialah:
1) Menghormati
integrity dan kebajikan klien, sama ada klien di bantu secara individu atau
berkelompok.
2) Hubungan
kaunseling dan maklumat yang di perolehi daripadanya mestilah dirahsiakan,
kecuali jika keadaan klien menunjukkan tanda-tanda yang membahayakan klien atau
orang lain.
3) Mendapat
persetujuan yang sesuai dari klien apabila menyampaikan hal-hal yang berkaitan
dengan klien kepada pihak ke tiga.
4) Berusaha
memahami dan menghormati latar belakan sosiobudaya klien.
Tanggungjawab
pegawai kaunseling terhadap organisasi dan majikan.
Kaunselor
yang bertugas di organisasi haruslah bertanggungjawab terhadap organisasi dan
majikannya. Antara kos etika yang perlu di patuhinya ialah:
1) Mematuhi
segala perjanjian yang ditandatangani dengan organisasi di mana dia berkhidmat.
2) Mamatuhi
polisi dan prosedur organisasinya, serta berusaha meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan perkhidmatannya dalam organisasi.
3) Bertindak
untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi di mana dia bertugas.
4) Tidak
boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.
5) Bersama-sama
bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya diri dan stafnya.
Perhubungan
kaunseling
Bahagian
ini merujuk kepada amalan, peraturan dan cara hubungan kaunseling individu dan
yang sesuai mengikut agama dan adat. Antaranya ialah:
1. Kaunselor
perlu sedar akan keperluan dan hak klien bagi memilih tajuk perundingan. Tetapi
adalah keadaan-keadaan di mana di mana pemilihan tidak dapat dibuat, ahli
mestilah menolong klien dalam memilih tajuk perundingan.
2. Tanggungjawab
utama ahli (kaunselor) adalah menghormati kesepaduan dan memlihara kebajikan
klien sama ada dibantu sacara individu atau kelompok.
3. Sebelum
memulakan perhubungan kaunseling, ahli mestilah memberitahu klien akan tujuan,
matlamat, peraturan cara bekerja dan had atau batas-batas serta apa yang di
harapkan akan berlaku semasa proses kaunseling itu di jalankan.
4. Dalam
suasana hubungan kaunseling kelompok ahli tanggungjawab mengambil langkah
waspada bagi melindungi individu daripada gangguan fizikal dan psikologi yang
lahir daripada interaksi kelompok.
5. Dalam
menjalankan kaunseling kelompok, kaunselor mestilah membentuk norma-norma
rahsia tentang apa yang dinyatakan oleh peserta-peserta dalam kelompok.
Casinos Near Me - Mapyro
ReplyDeleteCheck out the 479 Casinos 충주 출장마사지 Near 진주 출장안마 Me in Washington State in realtime 경기도 출장샵 and see activity. Realtime driving 고양 출장마사지 directions to casinos and other gaming facilities 안산 출장안마