Sunday, 11 November 2012

RAUDATUL SAKINAH

semasa semester 2 kami mengadakan lawatan ke rumah pemulihan akhlak raudatul sakinah. tempat ini terletak di sekitar selangor dan tempat ini menenpatkan remaja-remaja yang terlanjur dan yng mempunyai masalah sosial. sememangnya bila melihat wajah-wajah penghuni raudatul sakinah saya tidak menyangka yang mereka pernah terlibat dengan kes sedemikian kerana wajah mereka yang suci. mungkin kerana mereka telah kembali ke jalan Allah dan telah bertaubat.




kami hanya berada di sana selama setengah hari tetapi kenangan bersama penghuni-penghuni tak dapat dilupakan. kami diberi peluang untuk menemuramah penghuni tersebut untuk kami mengetahui kisah hidup mereka dengan lebih dekat. secara tidak langsung saya dapat menyelami masalah mereka. semua cerita mereka dapat kami jadikan pengalaman dan persediaan untuk menjadi bakal kaunselor kelak. sememangnya pengalaman ini tidak mungkin kami lupakan. saya teruja apabila mengetahui jadual mereka semasa berasa di raudatul sakinah. mereka bangun seawal 4 pagi untuk mengadakan qiamullai dan membaca al-qur'an sehinnga ke tengahari.... kebanyakan mereka telah berubah ke arah yang lebih baik. bagi penghuni yang mempunyai anak mereka boleh memilih untuk memberikan kepada keluarga atau menyerahkan keada keluarga angkat. saya sendiri terasa pilu apabila mendengar kisah mereka kerana ada yang dibuang keluarga dan masyarakat. semoaga mereka semua berubah menjadi insan yang lebih berguna.Amin....

No comments:

Post a Comment