Sunday, 11 November 2012

PROGRAM 2 HARI BERSAMA SMKTBR1




kami menjalankan program di sekolah menengah kebangsaan taman bunga raya 1 di bukit beruntung. ini merupakan salah satu daripada tugasan saya pada semester ini. program ini berlangsung pada 22 dan 23 oktober 2012. walaupun banyak halangan yang ditempuhi tetapi akhirnya kami berjaya menjalankan program tersebut. jumlah pelajar yang terlibat ialah seramai 62 orang pelajar. seklah ini adalah sekolah yang bertaraf sederhana dan satu perkara yang tidak dapat saya lupakan ialah keramahan pelajar-pelajarnya. mereka semua memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung. pada awalnya mereka agak kurang memberikan respon tetapi setelah rapat dengan kami mereka mula seronok bersama kami. memang semua ini atas tugasan tetai kami memang ikhlas untuk membimbing pelajar ini menjadi pelajar yang berjaya kelak. kami menjalankan modul sebagai pemantapan jati diri untuk pelajar.










 
Pada hari kedua program jati diri, kami mengadakan modul penghayatan kendiri kepada pelajar-pelajar. Modul ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar, dan juga tanggungjawab mereka kepada ibu bapa mereka. Tambahan daripada itu, modul ini juga bagi memberi motivasi kepada pelajar supaya lebih rajin untuk belajar. Bertepatan pula dengan keadaan pelajar yang agak kurang bermotivasi tapi ini bukan satu halangan untuk pelajar ini berjaya. Modul ini lebih kepada perkongsian antara fasilitator dan juga pelajar. Kami memeberi masa kepada pelajar untuk muhasabah diri mereka sendiri dan memikirkan hala tuju diri mereka.
Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik kerana ada diantara mereka yang sudi berkongsi kisah hidup mereka dengan kami. Dengan ini sedikit sebanyak kami dapat member kukuatan kepada mereka kerana kami juga pernah melalui perkara sedemikian dan mungkin dalam situasi yang berbeza. Saya sendiri berkongsi kisah hidup saya untuk dijadikan sumber kekuatan dan perangsang untuk adik-adik ini terus belajar. Di akhir modul ini, kami memberikan kata-kata semangat supaya adik-adik ini terus berusaha untuk mengingkatkan diri dan seterusnya menjadi orang yang berjaya suatu hari kelak.

1 comment:

  1. Wahh..awak belajar kaunseling ekh?dekat mana?jom follow my blog jadi kita bole kongsi2 ilmu...sya dah follow awk.. :) kat bawah tu link saya..
    http://ieka0308-iekashafikah.blogspot.com/

    ReplyDelete