Semasa semester 4 saya dan kawan-kawan berpeluang untuk melawat ke pusat pemulihan dadah INABAH di Terengganu. sememangnya perjalanan yang jauh iaitu selama 9 jam untuk sampai ke sana tetapi saya amat berpuas hati. pusat pemulihan ini adalah pusat pemulihan milik swasta dan leibh menekankan kepada penghayatan Islam untuk mengubati penghuninya. pusat ini juga mempunyai pengisian seperti ruang detox, solat, zikir, kerja amal, dan banyak lagi.
tambahan daripada itu, saya juga berpeluang untuk menemuramah mereka untuk mengetahui punca mereka terlibat dengan dadah dan tempoh mereka terlibat dengan dadah. ada dalam kalangan mereka yang bekerjaya seperti guru, pensyarah, dan banyak lagi turut terlibat dengan najis dadah. terdapat banyak punca yang menyebabkan mereka terlibat dengan dadah dan tidak ada punca yang khusus untuk menjelaskan unca mereka terlibat. saya berasa simpati dengan golongan ini kerana masa depan mereka hancur disebabkan dadah.
No comments:
Post a Comment