Saturday, 10 November 2012

sue...

Assalamualaikum....
salam buat sahabat-sahabat yang saya sayangi...
kadang-kadang saya terfikir....
hidup ini memang penuh dengan dugaan,
tanpa dugaan hidup kita takkan sempurna,
dugaan juga mengajar kita erti kekuatan untuk menjadi yang lebih baik....

kata-kata inilah yang sentiasa saya pegang untuk saya terus berjuang dalam hidup... saya pernah kenal erti tangisan pernah kenal erti gagal tapi semua yang berlaku saya anggap satu ujian dari Allah kerana hanya orang yang terpilih sahaja akan diuji. sebab tu lah sejak kecil saya selalu berangan untuk menjejakkan kaki ke universiti nak mengubah nasib keluarga. ku tekadkan azam untuk masuk jugak ke universiti walaupun aku gagal dalam peperiksaan. saat berjaya masuk ke universiti membuatkan aku rasa bersyukur sangat pada Allah kerana mengabulkan doaku ini. tarikh 4 julai 2010 tak mungkin aku lupakan kerana itulah saat aku bergelar mahasiswi di upsi.. seronoknyer hehehehhe.... asa macam tak percaya plak...
diri ini cuma insan biasa yang diberi nama ZAINI BINTI ABDUL HALIM.

satu kisah lucu yang ingin dikongsikan dengan kawan-kawan berkaitan nama berkenaan ialah kakak saya yang berumur 4 tahun pada waktu itu tak pandai membaca, menulis tapi pandai memberikan nama kepada saya.. dan ayah dan ibu ters bersetuju dengan nama tersebut.. saya selalu tanya kakak saya kenapa meletakkan nama ini kerana orang selau sangka saya lelaki.. kakak saya sendiri tidak tahu kenapa dia berminat dengan nama tersebut. tetapi disebalik nama ini terselit maksud yang sangat indah iaitu perhiasanku. saya merupakan anak bongsu dari 5 beradik dan mempunyai 2 kakak dan 2 abang. insan yang saya paling rapat ialah kakak saya.. perkara yang paling saya suka adalah melancong.. tu lah serba sedikit tentang diri saya yang hanya insan biasa..

No comments:

Post a Comment